Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Pada hari ini, telah diadakan aktiviti kibar Jalur Gemilang peringkat
Sekolah sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan yang baru
diraikan pada 31 Ogos temanya "Malaysiaku Berdaulat" Tanah Tumpahnya Darahku. Guru Besar membacakan perutusan
sempena Hari Kemerdekaan di Dataran Ilmu. Selepas ucapan tuan Guru
Besar, pasukan koir sekolah pula telah menyajikan persembahan yang
menarik melalui nyanyian lagu patriotik yang dipimpin oleh Cikgu Adnan Malik. Setelah selesai, murid-murid bersama guru menyanyikan lagu patriotik
bersama semua murid sambil mengibarkan Jalur Gemilang yang dipegang oleh
setiap murid dan guru. Semoga kita semua dapat menghayati erti
kemerdekaan yang sebenar. Sekian dulu untuk laporan, terima kasih.